TEKNIK SEO | WWW Atau TANPA WWW?

Pakar Niaga 19 July 2013

MANA SATU YANG TERBAIK?

WWW. atau Tanpa WWW.?

Apabila seseorang telah memiliki atau mendaftar sesuatu Nama Domain, akan bermulalah suatu dilema baru dalam pemilihan penggunaan WWW. di hadapan nama domain mereka sepanjang waktu tempoh langganan. TEKNIK SEO yang paling kurang diketahui ramai kini dibongkar!

 

KESAN PENGGUNAAN WWW. & TANPA WWW SERENTAK

Penggunaan WWW. &  Tanpa WWW secara serentak lazimnya terjadi kepada mereka yang baru memiliki Nama Domain. Boleh dikatakan lebih 80% pengguna mengalaminya kerana apabila sesuatu Nama Domain telah disetkan ke sesuatu Server, secara automatik kedua-duanya mempunyai halaman web yang sama (berfungsi & berhubung di direktori yang sama). Jarang sekali pengguna baru mengetahui kesan kepada fungsi kedua-duanya itu. Di sini kami menjelaskan serba sedikit info sebagai perkongsian ilmu.

Sesuatu Nama Domain (Top Level Domain) adalah sebaiknya hanya memilih salah satu sahaja alamat web iaitu menggunakan www. atau tanpa www. Elakkan menggunakan kedua-duanya sekali semasa menerbitkan halaman web kerana dari pengalaman serta kajian yang kami buat, apabila anda menggunakan kedua-duanya bermakna anda telah mewujudkan dua (2) halaman yang mempunyai kandungan web yang sama. Hal ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan kualiti kandungan web kerana Enjin carian Google (googlebot) tidak menyukai halaman duplikasi (duplicate) @ mempunyai kandungan yang sama atau berulang-ulang. SEO (Optimasi Enjin Carian) web anda tidak optimum!

 

WWW. ATAU TANPA WWW.

Kami menyarankan untuk terus mengikut format TLD domain yang ‘standard‘ @ umum iaitu mempunyai WWW. kerana lebih banyak aplikasi yang disediakan oleh pihak Google menyokong Nama Domain yang mempunyai WWW. berbanding tanpa WWW. Walaupun terdapat kelebihan kepada tanpa WWW. (ia biasanya dikenali sebagai Naked Domain) yakni lebih mesra pelawat untuk mengingati Nama Domain, perlu dipertimbangkan bahawa www. sudah menjadi identiti (telah diingati semua orang). WWW. bermakna halaman web.

Sebagai contoh, alamat web kami PakarNiaga.com masih mengekalkan memilih hanya www. sahaja. URL alamat web akan menjadi seperti ini:-

> http://www.pakarniaga.com

Manakala alamat web tanpa www. adalah seperti berikut:-

> http://pakarniaga.com

 

MEMILIH WWW. SAHAJA

Ya! Ini adalah suatu pilihan yang bijak! Pilih satu sahaja. Maka apa yang perlu anda lakukan selepas ini adalah memindahkan semua pautan yang terdapat pada tanpa WWW. (naked Domain) ke Nama domain yang mempunyai WWW. Fungsi ini boleh diperoleh di akaun CPanel di bahagian ikon ‘Redirect‘. Jenis tetapan disarankan ialah 301 (pindahan kekal).

Sebagai contoh, jika pelawat menaip alamat web http://pakarniaga.com/, secara automatik paparan web memaparkan alamat http://www.pakarniaga.com.

Aplikasi sebegini nampak tidak penting, tetapi ia adalah perkara asas yang cukup mustahak (Sangat Penting) dalam aktiviti Optimasi Enjin Carian aka Search Engine Optimization (SEO). Mungkin ramai jurutera SEO muda yang tidak mengetahuinya kerana perkara ini terlalu asas & sering terlepas pandang.

 

PELBAGAI NAMA DOMAIN TLD PADA HALAMAN SAMA

Bagi pengguna berpengalaman atau syarikat yang kukuh pula pasti akan membuat pendaftaran atau melanggan lebih banyak extension nama domain (.COM / . NET / .ORG / .INFO / .BIZ / .COM.MY / .MY) bagi tujuan penjenamaan Nama Domain yang telah diambil. Sebagai contoh mengambil nama domain pakarniaga.com, pakarniaga.net & pakarniaga.com.my

Pihak kami amat menyarankan hanya menggunakan salah satu sahaja Nama Domain tersebut sebagai nama domain induk. Lain-lain extension Nama Domain perlu di pindah ke Nama Domain induk bagi mengelakkan halaman web berlaku duplikasi (mempunyai kandungan yang sama). Hal ini juga boleh menjejaskan reputasi optimasi enjin carian untuk halaman web anda! Sekali lagi,  mungkin ramai jurutera SEO muda yang tidak mengetahuinya kerana perkara ini terlalu asas & sering terlepas pandang. TEKNIK SEO paling asas kami bongkarkan!

Semoga informasi ini bermanfaat & dapat dimanfaatkan. Artikel ini adalah saringan dari aktiviti SEO kami untuk kata-kunci Nama Domain & SEO Malaysia.

 

Ikhlas,

 

Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia, Webmaster
PAKAR NIAGA

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

2 Pendapat setakat ini.

  1. Hitseo says:

    Tips yang berguna jugak bro… Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    • Pakar Niaga (AMIN) says:

      @Hitseo,

      Semoga dapat dimanfaatkan. Tahniah weblog saudara fokus ‘Niche’ SEO sepenuhnya.
      Ada potensi untuk berjaya dalam bidang SEO.

      Ikhlas,

      Amin Johar
      Jurutera SEO Malaysia
      PAKAR NIAGA


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share