TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUIT

Amin Johar 18 August 2013

Sejak kebelakangan ini ramai blogger mula memperkatakan tentang blog SEO atau blogging untuk SEO. Kita sedia maklum, aktiviti blogging memerlukan pelawat atau pembaca. Salah satu sumber trafik percuma adalah melalui enjin carian. Enjin carian paling popular yang difokuskan ialah Google. Kami juga memfokuskan aktiviti SEO pada enjin carian Google berbanding enjin carian lain. Tetapi apakah sebenarnya yang kita terkejar-kejar?

 

Ada 2 artikel yang menarik di Denaihati yang kami tertarik untuk diketengahkan.

 

BLOGGING BUKAN UNTUK SEO SEMATA-MATA

Penulis menjelaskan tentang kepentingan kualiti kandungan blog & artikel dimana memberi beberapa point-point berikut:-

  • Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
  • Bagaimana membina jaringan
  • Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
  • Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
  • Membina perniagaan menerusi blog
  • Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
  • Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog

 

ADAKAH BLOGGER KELIRU DENGAN SEO

Penulis, Denaihati mengetengahkan pendapat-pendapat dari rakan-rakan blogger yang mempunyai pendapat masing-masing tentang aktiviti SEO di blog masing-masing. Pendapat awal dari Denaihati memperkatakan..

“Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.

Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.” – Denaihati

 

Antara pendapat yang kami terima & bersetuju adalah dari saudara Eizil..

“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“

 

Ia akan kami perjelaskan serba sedikit mengikut pendapat & pengalaman kami dalam dunia SEO.

 

ASAS SEO

Pada dasarnya asas SEO perlu diketahui terlebih dahulu dimana terdapat 2 elemen penting yang perlu diketahui iaitu:-

  1. Kata-Kunci
  2. Alamat Web

Kata Kunci

Secara asasnya seseorang akan mencari sesuatu maklumat berdasarkan beberapa perkataan pendek. Kebiasaanya sekitar 1-10 patah perkataan. Jadi sudahkah kita memahami & mendalami maksud tersirat di sebalik kata-kunci ini? Apakah elemen-elemen penting yang dinilai oleh enjin carian Google untuk meletakkan web anda pada rangking terbaik untuk suatu-suatu kata-kunci?

Daftar Domain,
Kabinet Dapur,
Lori Sewa,
Jahit Baju,
Tudung Terkini,
Pakej Umrah & Ziarah

Apa sahaja perkataan asalkan tidak terlalu panjang, telah diingati & kerap dicari di enjin carian itulah kata-kunci yang bernilai.

 

Alamat Web

Nama domain ialah Alamat Web. Ia juga merupakan halaman web atau artikel atau sesawang yang mengandungi kata-kunci yang diperjelaskan agar mempunyai maklumat & informasi yang releven & boleh diterima pakai. Sumber pautan sesawang samada ia dari halaman yang sama ataupun juga sumber dari halaman lain. Jadi sudahkah kita memahmi & mendalami maksud tersirat di sebalik alamat web ini? Apakah elemen-elemen penting yang dinilai oleh enjin carian melaluinya? Salah satu elemen penting ialah Nama domain yang berkualiti.

Kombinasi kedua-duanya membolehkan sesuatu halaman web dijumpai di enjin carian Google. Mungkin boleh kekal lebih lama. Untuk tujuan apa kita ingin kuasainya?

 

APAKAH MATLAMAT ANDA MELALUI SEO?

Ingin kami mengetahui apakah matlamat sebenar yang anda impikan dalam dunia blogging?

  • Trafik aka Pengunjung baru?
  • Pengujung Setia?
  • Populariti?
  • Jenama?
  • Duit?
  • Pendapatan Pasif?

 Mengapa SEO diperlukan untuk blog anda? Salah satu sumber trafik bukan? Adakah hanya setakat itu sahaja?

 

KEPERLUAN SEO

Terlalu banyak elemen-elemen penting yang sangat diperlukan dalam pengurusan SEO di blog. Ia ibarat suatu resepi KEK Coklat yang memerlukan bahan-bahan yang dicampur & diadun dengan sukatan tertentu untuk menghasilkan kek coklat yang sedap & enak. Paling lazat & terbaik sekali di dunia!

Pada dasarnya keperluan UTAMA SEO ialah FOKUS.

Apakah yang anda fokuskan sebenarnya? Fokus yang dimaksudkan dalam SEO ialah kata-kunci. Ia akan merujuk kepada apakah maklumat yang sangat bertepatan untuk menterjemahkan maksud sesuatu untuk mencipta identiti sesuatu KATA-KUNCI. Ia suatu kata-kunci yang berkualiti, telah diingati & mendapat permintaan tinggi (digunakan selalu). Seterusnya adakah ia boleh mencapai apa yang anda impikan iaitu matlamat tujuan sebenar anda itu? Semuanya ini memerlukan FOKUS! FOKUS pula memerlukan matlamat!

Fokus yang dimaksudkan dalam SEO ialah Kata-Kunci

SEO tidak terhenti setelah anda mencapai rangking terbaik di enjin carian, tetapi prosesnya sehinggalah anda berjaya menukarkan prospek kepada pelanggan setia.. Seberapa banyak yang anda mahukan! & proses ini berulang kembali untuk produk atau servis lain pula.

 

SEO ITU KATA-KUNCI

Apabila anda bermain seo melalui blogging, anda akan dapati kebanyakkan pelawat akan melalui enjin carian melalui puluhan hingga ratusan kata-kunci.. Ya, itulah trafik yang datang PERCUMA untuk anda setelah penat lelah mengusahakan halaman blog. Ia mungkin secara sengaja atau pun tidak. Mungkin anda tidak perlu tahu pun hal SEO ini, masih boleh dapat trafik melalui kata-kunci. Hal ini kerana faktor terbesar adalah terletak pada nama domain, alamat web (artikel), informasi yang releven & dikuatkan lagi oleh blog lain yang mencadangkan ke artikel anda itu. Sudahkah anda mengetahui apakah kekuatan blog anda untuk mencipta kata-kunci yang berkualiti dan menjadi identiti anda?

Kekuatan kata-kunci bermula dengan Nama Domain

 

KATA KUNCI ITU DUIT

 Ketahuilah bahawa kata-kunci itu sebenarnya duit yang anda boleh nilaikan sendiri berapa yang anda mahukan.

Kata-kunci itu Duit

Kata-kunci itu Duit. Nilai sesuatu kata-kunci itu tanpa had (infiniti). Berapa anda mahu, anda tentukan sendiri melalui pengurusan kandungan & maklumat yang telah anda sampaikan melaluinya. Maklumat yang baik & bermanfaat atau sangat diperlukan memberi peluang untuk anda memperoleh lebih banyak duit.

 

KATA-KUNCI ITU PENDAPATAN PASIF

Setelah anda berjaya mencapai rangking terbaik di enjin carian untuk suatu-suatu kata-kunci, & ia mampu bertahan lama, sebenarnya itulah peluang anda untuk menjana pendapatan pasif!

Kata-Kunci yang dikuasai & bertahan lama di enjin carian menjana pendapatan pasif! SEO melibatkan banyak aspek untuk memberi peluang kita mencipta pendapatan pasif melalui pelbagai kata-kunci yang bersesuaian mengikut produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Jika kita telah berjaya mendominasi sesuatu kata-kunci berkualiti tinggi, ditambah dengan kandungan artikel atau perkhidmatan yang sangat diperlukan atau mempunyai permintaan tinggi, insyaallah hasil jualan tidak akan putus-putus. Sentiasa ada & sentiasa banyak. Hal ini secara tidak langsung boleh mencapai apa yang kita impikan. Matlamat yang diingini.

Kata-Kunci yang dikuasai & bertahan lama di enjin carian menjana pendapatan pasif!

 

KATA-KUNCI ITU ASET BERNILAI INFINITI

Apabila kita telah memperoleh trafik konsisten dan tinggi melalui suatu-suatu kata-kunci, itulah aset yang cukup bernilai. Aset yang menjana pendapatan pasif tanpa perlukan modal pusingan.

 

SEO IALAH ASET BERNILAI

Maka anda akan ketahui bahawa kenapa & mengapa SEO itu penting pada blog anda & ia penting dalam dunia pemasaran di Internet. Ia adalah aset yang cukup bernilai. SEO ialah Aset yang menjana pendapatan pasif!

SEO ialah aset yang menjana pendapatan pasif

 

Ikhlas,

AMIN JOHAR
(Jurutera SEO Malaysia)
PAKAR NIAGA

 

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

20 Pendapat setakat ini.

  1. adikensem says:

    Hmmm…kurang faham sangat tapi akan bookmark blog ni untuk tengok info. Gua kurang arif tentang SEO atau internet.

  2. Terima kasih tuan..sangat setuju domain juga memainkan peranan. Kalau ‘targeted’ dengan katakunci yg nak di ‘optimize’ lagi terbaik! :) – Shah

  3. setuju. kata kunci ni memang penting tapi jangan sampai terlebih guna..hehe

    • Amin Johar says:

      @Blackrosehunter,

      Tak semua kata-kunci berkualiti & bernilai.. kena pandai pilih.. Tak banyak pun takpa, janji bernilai tinggi.. ^_^

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  4. Ikhmal Malique says:

    ye, memang ada manfaat dalam SEO ni. tup tap dapat duit. hehe

    • Amin Johar says:

      @Ikhmal Malique,

      Betul3x.. ^_^

      Saudara aper citer dengan contest ‘MELAYU BOLEH’?
      Rangking top #9 dah tu KertasMerah.my. :-)
      Kami top #4.

      Ini juga salah satu rezeki dengan SEO.. ^_^

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  5. kak ina kl says:

    selamat hari raya
    terima kasih sudi berkongsi info tentang SEO

    • Amin Johar says:

      @Kak Ina KL,

      Sama-sama :-)
      Selamat Hari Raya untuk @Kak Ina sekeluarga. :-)

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  6. Bahrain says:

    perkongsian yang menarik. thanks.

    • Amin Johar says:

      @Bahrain,

      Terima kasih. Jemput share & Like jika bermanfaat.

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  7. Kata kunci amat penting untuk SEO…jika tidak tak ke mana entri yg kita hasilkan. Kualiti sesuatu entri juga perlu dittitkberatkan agar pelawat baru dan lama sentiasa singgah di blog kita.

    • Amin Johar says:

      @Kamil Salleh,

      Artikel yang berinformasi boleh dijadikan rujukan sepanjang masa.

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  8. onlajer says:

    boleh tak kata matlamat seo untuk duit

    • Amin Johar says:

      @Onlajer,

      Kasilah up sikit.. Matlamat SEO untuk Pendapatan Pasif..
      Buat kerja sekali.. Income berkali-kali..

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  9. Denaihati says:

    Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    • Amin Johar says:

      Terima kasih Tn. @Denaihati. :-)

      Sudah semestinya kami selalu mendapatkan update terkini di sana.

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA

  10. titan says:

    setuju. pendek kata, kena rajin wat kerja.

    • Amin Johar says:

      @Titan

      Betul.. kena rajin buat kerja optimasi kandungan blog ke tahap maksimum..
      Dapat capai rangking top #1 di Google sekalipun, jika tiada sebarang hasil di blog/web tak ada guna..
      Petanda kandungan web belum ‘Optimized’ lagi.

      Ikhlas,

      AMIN JOHAR
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share