Servis SEO

Pakar Niaga 10 July 2013

Servis SEO | SEO Malaysia

Kami Pakar Niaga, konsultan, penganalisis dan jurutera SEO Malaysia. kami salah satu syarikat bumiputera yang menyediakan Servis SEO untuk rakyat Malaysia. kami dengan sukacita kini menyediakan Servis SEO bagi membantu rakan-rakan blogger dan usahawan Internet yang mempunyai blog atau web jualan memperolehi trafik yang banyak dari enjin carian melalui kata kunci yang berkualiti.

SEO ialah singkatan kepada ‘Search Engine Optimization‘ atau dalam bahasa Optimasi Enjin Carian.

Servis SEO yang kami tawarkan mungkin berbeza dari syarikat atau individu yang menawarkan Servis SEO atau Optimasi web untuk mendapatkan trafik percuma dengan cara menjadikan web berada pada status ‘rangking‘ Top 1o – 30 di enjin carian. Memperoleh ‘rangking’ yang terbaik (Top 10) bukanlah suatu yang mudah lagi kerana faktor bilangan web yang kian bertambah setiap hari. Lebih dari 2000 web diterbitkan setiap hari. Maka setiap hari pesaing semakin bertambah. Kandungan web mestilah berkualiti & mengetahui teknik asas untuk SEO di halaman web belum menjamin anda boleh menjadikan web berada di rangking terbaik.

Berikut adalah beberapa Elemen Penting dalam Servis SEO yang diuruskan pihak kami.

 

PEMILIHAN KATA-KUNCI

Kata-kunci yang berkualiti ialah perkataan yang telah popular & paling banyak atau kerap digunakan pengguna internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Pemilihan kata-kunci yang tidak popular dalam aktiviti opimasi web akan merugikan masa, tenaga serta wang ringgit. Jadi, adalah sebaiknya kenal pasti kata-kunci yang betul-betul berkualiti terlebih dahulu yang bersesuaian dengan servis atau produk yang ditawarkan.

Produk atau servis yang telah diterbitkan di halaman web juga perlu dikemaskini untuk memperbaiki kualiti kandungan yang akan dibincangan di bahagian Optimasi Kandungan Web.

Pihak kami dengan sukacita menyediakan servis pemilihan kata-kunci dimana pihak kami memberi nasihat dan analisa statistik mengenai kata-kunci yang bersesuaian dengan web jualan atau blog anda.

 

PEMILIHAN NAMA DOMAIN & PAUTAN HALAMAN ARTIKEL

Pihak kami menyediakan Servis SEO iaitu pemilihan nama Domain yang bersesuaian. Pemilihan nama domain yang berkualiti dapat memberi kesan jumlah trafik percuma dari enjin carian. Pemilihan nama domain sangat memainkan peranan penting. Memiliki atau mendapatkan Nama Domain yang berkualiti boleh memudahkan & mempercepatkan web anda mendapat rangking di suatu-suatu kata-kunci. Selain itu, halaman produk atau artikel juga perlu dilakukan optimasi. Salah satunya ialah pautan halaman atau artikel. kami juga dapat membantu anda memperbaiki suatu-suatu artikel atau produk menjadi lebih mesra enjin carian.

 

PEMETAAN WEB

Servis SEO utama yang disediakan pihak kami ialah melakukan pemetaan web mengikut piawaian ‘standard‘ dari enjin carian Google. Beberapa elemen asas optimasi enjin carian perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum atau sebaik sahaja mendaftar web dan menerbitkan halaman web.

 

OPTIMASI KANDUNGAN WEB

Servis SEO yang seterusnya ialah melakukan optimasi kandungan web iaitu pihak kami membantu untuk membuat sedikit sentuhan emas dan olahan berkualiti bagi memastikan kandungan web anda optimum serta mudah diakses oleh pelawat.

 

Kami akan mengemaskini servis kami ini dari semasa ke semasa. Jika anda berminat untuk mendapatkan info lebih lanjut atau sebutharga tentang Servis SEO ini, sila hubungi kami.

 

P/S: Kami sedang melalukan beberapa aktiviti SEO di halaman web kami untuk kata-kunci SEO Malaysia, Melayu Boleh & Nama Domain. Sila berkunjung ke halaman web tersebut untuk membuat penilaian. Terima kasih.

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

4 Pendapat setakat ini.

  1. erman says:

    salam. brapa bayaran seo untuk web blogspot saya. thanks

  2. Auctivax says:

    Assalam.

    Berapa pakej seo ini ye.

    Tq.

  3. suhaily says:

    salam, berapa bayaran untuk pakej seo website saya?


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share