SAIZ BANNER | SAIZ IKLAN POPULAR

Pakar Niaga 28 October 2013

Saiz Bannner

Pengiklanan online adalah salah satu peluang menjana pendapatan secara aktif atau berterusan (pasif) untuk sesetengah blogger atau penerbit web yang mempunyai pelawat web yang tinggi. Artikel ini hanya untuk menyenaraikan saiz banner yang paling popular digunakan. Gambar rajah di bawah memaparkan saiz-saiz banner ad.

 

SAIZ BANNER PALING POPULAR

Saiz iklan yang bakal digunakan berbeza-beza mengikut ruang yang khas untuk iklan bagi setiap blogger. Namun demikian, terdapat saiz banner yang telah menjadi ‘standard’ & paling kerap digunakan oleh blogger. Berikut adalah saiz-saiz banner untuk rujukan.

Saiz Banner

 

SAIZ BANNER 125X125

Saiz banner paling popular ialah yang berwarna hijau iaitu 125×125. Banner sebegini sering digunakan boleh blogger untuk mengiklankan produk melalui program Affiliate & biasanya mempunyai 4 unit & dipasang di sidebar blog.

 

SAIZ BANNER PALING POPULAR

Saiz banner yang paling popular terutamanya dalam pengiklanan Google (Adwords atau Adsense), ialah bertanda biru. Antaranya ialah:

  • 336×280
  • 300×200
  • 250×250
  • 728×90
  • 468×60
  • 120×600
  • 160×600

Saiz banner yang lain-lain yang berwarna merah adalah yang kurang popular & ia disediakan di sini bagi tujuan rujukan.

 

SAIZ BANNER PALING MENGUNTUNGKAN

Saiz iklan yang mana satu paling ideal? Yang mana satu boleh memberi lebih pendapatan dalam pengiklanan?

Perkara ini agak subjektif. Hal ini kerana iklan bergantung kepada lokasi strategik yang anda boleh implimentasikan di halaman blog, kandungan blog yang releven, trafik yang tinggi serta jumlah bayaran untuk setiap klik atau ‘impression’ pada iklan tersebut.

Bagi memastikan pelawat tertarik melihat iklan, saiz banner yang besar adalah ‘eye cache’. Sebagai contoh, saiz banner 336×280. Hal ini kerana lebih banyak pelawat dapat melihat iklan dengan jelas, lebih besar peluang pelawat tertarik dengan iklan tersebut.

 

TIP-TIP BERIKLAN

Sebaik-baiknya blog tidaklah perlu mempunyai terlalu banyak iklan. Cukuplah sekadar memasang iklan tidak lebih dari 3 iklan.

 

Artikel ini dibuka sebagai rujukan kami berkaitan saiz banner kerana ia adalah maklumat yang akan digunakan sepanjang masa.

 

Selamat menjana pendapatan melalui pengiklanan!

 

Ikhlas,

PAKAR NIAGA

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share