NAMA DOMAIN | DAFTAR DOMAIN

Pakar Niaga 15 July 2013

Cara Daftar Domain | Panduan Daftar Domain

Malay | English

APAKAH ITU NAMA DOMAIN?

Nama Domain atau ‘Domain Name‘  adalah identiti pengenalan yang mentakrifkan autoriti, pentadbiran, kuasa atau kawalan dalam Internet. Secara umumnya Nama Domain ialah identiti alamat web. Contohnya: www.PakarNiaga.com yang mana kebiasannya Nama Domain akan bermula dengan perkataan ‘www.’ dan diikuti Nama Domain  atau identiti (PakarNiaga) dan diakhiri extension (.COM / .NET / .ORG /.INFO / .BIZ / .COM.MY / .MY dan sebagainya).

Nama Domain telah dihasilkan melalui prosedur & tetapan peraturan pada Sistem Nama Domain atau ‘Domain Name System‘ (DNS). Secara teknikalnya, sebarang nama yang telah berdaftar di dalam DNS ialah Nama Domain.

Nama Domain digunakan dalam pelbagai konteks penamaan rangkaian & aplikasi yang mana ia memerlukan nama spesifik dan untuk kegunaan mendaftar alamat. Secara umumnya, Nama Domain mewakili Internet Protokol atau ‘Internet Protocol’ (ISP)  seperti komputer peribadi yang digunakan untuk melayari Internet, Komputer Server untuk hos halaman web, halaman web atau apa sahaja servis yang menghubungkan melalui Internet.

Nama domain yang diaturkan di dalam peringkat bawahan (subdomain) daripada Domain Induk (root domain) di DNS, adalah tidak bernama.

 

Secara ringkasnya,

TOP LEVEL DOMAIN (TLD)

www.PakarNiaga.com

Nama domain boleh jadi: www.pakarniaga.com atau www.PakarNiaga.com atau www.PAKARNIAGA.COM. Kesemua tersebut masih sama.

JENIS TOP LEVEL DOMAIN

Contoh Jenis Top Level Domain yang dibenarkan.

www.PakarNiaga.com (Paling popular kerana mesra pengguna & mesra enjin carian)
www.Pakar-Niaga.com (Sederhana popular kerana kurang mesra pengguna tetapi mesra enjin carian)
www.PakarNiaga123.com (Kombinasi alphabic & numeric sederhana popular)

JENIS EXTENSION TOP LEVEL DOMAIN

  • .COM – Komersil
  • .NET – Networking
  • .ORG – Organisasi
  • .INFO – Informasi
  • .BIZ – Bisnes/Perniagaan
  • .CO – Korporat/Corporation
  • .FM – Radio
  • .TV – Televisyen
  • .ME – Peribadi
  • .COM.MY – Komersil dalam Malaysia
  • .MY – Peribadi dalam Malaysia

 

NAKED DOMAIN

PakarNiaga.com (tanpa www.)

 

SUBDOMAIN

subdomain.PakarNiaga.com
Subdomain1.Subdomain.PakarNiaga.com

 

DIREKTORI/SUBDIRECTORY/HALAMAN

www.pakarniaga.com/folder/
www.pakarniaga.com/pages/

 

SEMAK NAMA DOMAIN

Semak nama domain idaman anda di sini.

Taip Nama Domain


Contoh: pakarniaga atau pakar-niaga

Pilih Extension
com co net
org info biz

 

Tutorial Cara Daftar Domain

 

Anda boleh juga semak melalui halaman web berikut:-

www.PakarNiaga.net

 

DAFTAR NAMA DOMAIN

Daftarlah Nama Domain anda segera! Sebelum ia dikebas orang lain! ‘Siapa cepat dia dapat!

 

“Domain ialah Aset di Internet. Nilai sesuatu Domain adalah infiniti.”
-Pakar Niaga™

 

Ikhlas,

Pakar Niaga

Carian Google Berkaitan

nama domain |

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

2 Pendapat setakat ini.

  1. […] Baru-baru ini pihak kami telah menjalankan aktivi Optimasi Enjin Carian (SEO) pada beberapa kata-kunci seperti Servis SEO, SEO Malaysia, Malaysia SEO, SEO in Malaysia & terkini, Nama Domain. […]

  2. […] elemen-elemen penting yang dinilai oleh enjin carian melaluinya? Salah satu elemen penting ialah Nama domain yang […]


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share