MELAYU BOLEH

Pakar Niaga 20 July 2013

Melayu Boleh

PENGENALAN TENTANG MELAYU BOLEH

Melayu Boleh! Semenangnya melayu serba boleh. Sebagai salah seorang dari bangsa Melayu, kita sepatutnya boleh berjaya dan maju setanding dengan bangsa-bangsa lagi. Tambahan pula bangsa Melayu dapat mengecap &  tinggal di tanah bertuah yang beriklim paling stabil & baik sepanjang tahun. Tiada bencana alam seperti taufan, gempa bumi, kepanasan melampau, cuaca sejuk di bawah takat beku, tiada kemarau yang berpanjangan dan sebagainya. Nikmat yang perlu disyukuri bersama. Syukurlah kepada Allah S.W.T telah memberi nikmat ini kepada bangsa Melayu seluruhnya sejak sekian lama. Alhamdulillah..

 

MELAYU BOLEH

Kata-kunci melayu boleh ini amat popular di enjin carian Google. Mengikut sumber yang diperoleh dari Google, boleh dikatakan lebih dari 2000 carian sehari melalui kata-kunci melayu boleh ini sahaja di google.com.my. Suatu jumlah carian yang cukup besar. Hal ini membuatkan pihak kami teruja untuk melakukan sedikit aktiviti SEO pada kata-kunci ini & menjadikan halaman web Pakar Niaga salah satu dari web melayu boleh yang berjaya. Semoga dengan berjayanya mendominasi kata-kunci ‘melayu boleh‘ sedikit sebanyak menjadikan lebih banyak halaman web yang mempunyai nilai positif berbanding web berunsur negatif atau lucah.

 

Melayu Boleh | Utamakan Bahasa Melayu

Melayu Boleh | Utamakan Bahasa Melayu

MELAYU BOLEH BERBLOG

Melayu boleh bercerita dan bersembang. Sememangnya Melayu sangat ramah kerana suka akan aktiviti sosial terutamanya bersembang & bercerita. Hampir setiap hari Melayu boleh menyediakan masa untuk aktiviti bersembang dan berkongsi-kongsi cerita, hal peribadi, situasi semasa dan sebagainya. Tempat tumpuan utama untuk bangsa Melayu yang tinggal di kampung lazimnya di kedai-kedai kopi atau warung, manakala yang tinggal di bandar pula di restoran atau restoran mamak.

Manakala dalam dunia Maya di Internet pula, berblog adalah suatu medium yang berpotensi dikembangkan dalam aktiviti bersembang & bercerita. Bersembang & bercerita ini sebilangan besar sudah menjadikan ia sebagai hobi & aktiviti harian. Ada sahaja topik difikir dan boleh diketengahkan. Lazimnya sangat pantas sesuatu berita itu tersebar di blog dan media massa kerana sifat Melayu yang suka bercerita.

Melayu boleh berblog! Terima kasih kepada anda yang telah berjaya memiliki blog. Teruskan semangat anda untuk menjadi salah seorang blogger melayu yang berjaya. Blog cukup bermanfaat untuk anda meluahkan apa yang terbenak dalam fikiran anda serta apa-sahaja yang anda fikir & mahu bercakap & bercerita. Blog tiada had dan tidak terikat kepada sesuatu topik. Tetapi sebaik-baiknya, manfaatkan blog untuk tujuan yang baik-baik.

Manfaatnya lebih banyak dalam aktiviti sembang blogging ini kerana ia menjurus kepada perkongsian info secara sepenuh masa (24/7 sepanjang masa) & boleh dirujuk semula apabila diperlukan. Sekali anda bercerita, maka cerita anda itu boleh tersebar ke seluruh dunia & boleh dicapai sepanjang masa. Setiap saat, setiap minit, setiap jam. Melayu boleh!

 

MELAYU BOLEH BERNIAGA ONLINE

Ya! Semua bangsa Melayu boleh berniaga online. Salah satu tapak perniagaan anda ialah Blog. Blog ibarat teratak atau pondok kecil di halaman anda yang mana pada awalnya sekadar untuk bersembang kosong, dan kemudiannya bertukar kepada kedai kopi & seterusnya menjadi kedai serbaneka yang boleh menjual. Modal permulaan dalam blogging ini boleh dikatakan hampir ‘RM0.00‘. Mengapa tidak ambil peluang ini? Melayu boleh berbisnes Online!

 

 Salah satu cara buat duit adalah menyertai program Affliate. Contoh program Affiliate ialah Jomniaga.

 

MELAYU BOLEH MAIN SEO

Melayu juga boleh bermain SEO dan setanding hebatnya dengan bangsa-bangsa lain! Salah satu cara mendominasi & memonopoli sesuatu bisnes di Internet adalah melalui penguasaan di enjin carian. Melakukan Optimasi Enjin Carian (SEO) kepada halaman web atau blog boleh menjadikan halaman web melayu boleh yang berunsur lucah atau negatif berada di kedudukan rangking carian google paling tercorot atau sekurang-kurangnya pada 10 halaman berikutnya.

 

MELAYU BOLEH & PAKAR SEO

Para blogger melayu perlulah berganding bahu mewujudkan artikel & memperoleh capaian untuk kata-kunci ini di kedudukan carian 1-100 yang terawal. Kami di Pakar Niaga akan membantu untuk memperoleh top #30 (3 halaman carian pertama). Melayu juga pakar dalam aktiviti SEO. Terbuki banyak halaman web walaupun tidak kira berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris, kebanyakkan dimonopoli oleh bangsa Melayu.

Syabas! & Tahniah!

Tingkatkan usaha lagi untuk setapak lebih maju lagi dalam dunia pemasaran enjin carian. Jangan biarkan bangsa Melayu serba ketinggalan lagi..

 

FIKIRKAN BOLEH! MELAYU BOLEH!

Hayatilah lagu ini secara mendalam….

 

 

MELAYU BOLEH!

 

Ikhlas,

 

PAKAR NIAGA

P/S: Artikel ini hanya bertahan selama 3 bulan sahaja di rangking top-10 ‘melayu boleh’. Mungkin sudah terkena google penguin.. ^_^ – 2013-09-18 00:56:20

Carian Google Berkaitan

melayu boleh | 3gp melayu boleh | imej awek melayu | melayu boleh 3gp | melayuboleh | Web Melayu Boleh |

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

30 Pendapat setakat ini.

  1. […] Hati juga akan menjadi tenteram & tak ada lah terniat nak fikir atau buat carian ‘Melayu Boleh‘ pula di google… Sesungguhnya, dengan membaca atau mendengar ayat-ayat suci Al-Quran […]

  2. eddie says:

    kagum dengan semangat ditunjukkan Pakar Niaga…gua respek sama lu brader

  3. […]  MELAYU BOLEH BUAT DUIT! […]

  4. […] MELAYU BOLEH BERJAYA! KAYA DI DUNIA & KAYA DI AKHIRAT […]

  5. Denaihati says:

    InsyaAllah banyak dah orang Melayu yang berjaya.
    Semoga bro terus sukses juga.

    • Pakar Niaga says:

      @Denaihati,

      Terima kasih Tn.
      Semoga Melayu sukses maju setanding bangsa lain.
      Melayu boleh maju melalui platform blogging untuk
      ke peringkat seterusnya.

      Sama-sama berusaha untuk maju lagi ke hadapan.

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  6. Melayu Boleh, pasti boleh, kerana bangsa Melayu bukanya satu bangsa yang lemah….Banyak dah bangsa Melayu yang berjaya dalam bidang masing2. Jadikan wawasan 2020, teras kejayaan bangsa Melayu. Bertindak selagi peluang masih terbuka luas..untuk melangkah ke arah mana mahu d tuju? Kau boleh…”Melayu Boleh”..Semoga bangsa kita terus maju jaya…Insya Allah…Semoga entri Tuan Amin berada di page 1 dan terus kekal di situ…selama yang boleh..

    • Pakar Niaga says:

      @Kamil Salleh,

      Terima kasih. Ya benar Wawasan 2020 boleh dijadikan sebagai penanda aras & matlamat untuk lebih maju & berjaya. Melayu boleh berjaya!

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  7. Hitseo says:

    Tahniah buat pakar niaga. Anda pun berada dalam kedudukan yang terbaik dalam contest ini..
    semoga berjaya.

    • Pakar Niaga says:

      @Hitseo,

      Terima kasih. Tahniah juga berjaya top #20.

      Kami hanya sekadar peserta di luar cabaran SEO.. :-)

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  8. Khairul Zamri says:

    cantik juga photo2 yang dipaparkan memainkan situasi gaya penulisan tahniah bro

    • Pakar Niaga says:

      @Khairul Zamri,

      Terima kasih. Ya benar, penulisan yang baik perlu diselang-seli kan dengan gambar yang releven agar pembaca boleh mendapat idea atau pemahaman yang lebih baik. Tarikan untuk pembaca meneruskan pembacaan. Kami membaiki penulisan dari semasa ke semasa.

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  9. Shaffik says:

    Melayu memang boleh… Tidak ada benda yang mustahil semuanya boleh. Cuma usaha orang melayu itu yang kadang-kadang menidakkan yang boleh tu…

    • Pakar Niaga says:

      @Shaffik,

      Ya benar.. Kita boleh fokus & utamakan menggunakan khidmat @ produk dari bangsa sendiri.
      Namun malangnya, kita lebih banyak menggunakan khidmat/produk dari bangsa lain. & itulah
      sebabnya ada bangsa lain yang lebih maju dari bangsa kita sendiri. Kerana kita yang menyokong
      mereka. Mereka pula menyokong bangsa mereka sendiri. Melayu boleh mengubahnya.. Sebelum terlambat.

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  10. Anuar says:

    Ya betul… Banyak yang orang Melayu boleh lakukan… Sebab itu Melayu Boleh… Good Luck Bro…

    • Pakar Niaga says:

      @Anuar,

      Terima kasih. Ya benar.. Kita sahaja bangsa Melayu yang ada lagu ‘Yakin Boleh’… Bangsa lain
      belum ada lagu ni lagi.. :-)

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA

  11. eddie says:

    bagus semangat ini yg kita perlukan..

  12. eddie says:

    gaya penulisan yg hebat perlu belajar pengolhan sebegini nanti

  13. Ikhmal Malique says:

    Hebat penulisan tuan. entri ini beri idea baru.

    • Pakar Niaga says:

      @Ikhmal Malique,

      Terima kasih. Penulisan saudara juga hebat.. Suka SEO.. Segeng lah kita..

      PAKAR NIAGA

  14. […] ni ditulis apabila aku terbaca entri daripada Pakar Niaga yang singgah komen artikel di blog aku sebentar tadi. Seperti biasa jika ada orang yang datang […]

  15. Mari ramai-ramai membersihkan muka depan enjin carian dengan makna Melayu Boleh yang sebenar melalui SEO:)

    • Pakar Niaga says:

      @Blog AsiaCube,

      Selamat berjuang! Pendekar SEO ‘Melayu Boleh’
      Kami juga telah memulakan mencipta ‘bala tentera’.
      FIKIRKAN BOLEH! MELAYU BOLEH!

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA™

  16. BeritaKaki says:

    artikel ni berkelas A..kenapa tak submit awal2 ? mmg sgt bagus saya tabik ..tahniah tetapi ini hanyalah artikel untuk menguji keberkesanan SEO saudara .. (seperti yg saudara kata tempoh hari di komen )

    • Pakar Niaga says:

      @Beritakaki,
      Terima kasih.

      Kami amat menyokong usaha saudara untuk kempen ‘membersihkan’ kata-kunci ‘melayu boleh’.

      Weblog kami tidak akan menang dalam cabaran, tetapi mungkin akan menjadi rujukan para peserta. :-)

      Tahniah kepada para peserta cabaran SEO!
      Anda memang hebat!

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA™

    • eddie says:

      itulah dah rugi satu entry Melayu boleh yang bagus


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share