Semak Keyword Rangking dengan SERP Checker

Sebelum ini kita telah mengenali apa itu ‘SEO‘ (Search Engine Optimization) atau bahasa melayu ialah Optimasi Enjin Carian. (Bahasa tak rasmi kami ‘Skodeng Enjin Orang‘ ). Dalam aktiviti SEO ini kami akan banyak melakukan semakan analisa pengurusan kandungan sesuatu halaman web yang berkualiti terdapat di rangking terbaik di enjin carian Google untuk mencipta strategi bersaing dengannya.

 

SEMAK KEYWORD RANGKING

Sebagai pemain SEO tegar atau istilah profesion professional iaitu ‘Jurutera SEO‘, aktiviti menyemak rangking kata-kunci (Keyword Rangking) untuk halaman web sendiri akan paling kerap dilakukan. Ia akan memakan masa lebih lama seandainya melakukan optimasi pada sebilangan kata-kunci secara serentak (sekurang-kurangnya 2-3 kata-kunci). Sebagai contoh, kami melakukan optimasi pada kata-kunci SEO Malaysia di enjin carian Google.com.my. Ia perlu disemak dari satu halaman ke satu halaman sehingga jumpa. Seandainya ia berada pada halaman ke 100, berapakah jumlah masa perlu diperuntukkan? Kesimpulannya, ia suatu yang memenatkan & langsung tidak berbaloi!

Bagaimana pula jika kita nak dapatkan status rangking pada 2,3,4, hingga 10 kata-kunci serentak? Mungkin 1 hari perlu diperuntukkan hanya untuk melihat rangking web pada kata-kunci tersebut.

 

Bagaimana untuk menyemak pelbagai keyword rangking secara serentak?

Maka di sinilah perlunya penggunaan sistem semakan kata-kunci (Keyword Rangking) di enjin carian. Ia dikenali sebagai SERP Checker.

 

SERP CHEKCER

SERP adalah singkatan kepada Search Engine Result Page (SERP). Antara SERP Checker terbaik yang pernah kami gunakan ialah WhatsMySerp. Kami menyediakan halaman khas aplikasi SERP ini di http://serp.pakarniaga.com untuk memudahkan membuat semakan kata-kunci. Ia dikuasakan oleh WhatsMySerp.com.

Baru-baru ini pihak kami telah menjalankan aktivi Optimasi Enjin Carian (SEO) pada beberapa kata-kunci seperti Servis SEO, SEO Malaysia, Malaysia SEO, SEO in Malaysia & terkini, Nama Domain.

Dengan menggunakan SERP Checker ini, kami hanya perlu memasukkan Nama Domain, kemudian pilih web enjin carian Google yang diingini (kami pilih Google.com.my) & seterusnya memasukkan semua kata-kunci yang ingin dinilai (Servis SEOSEO MalaysiaMalaysia SEOSEO in Malaysia & Nama Domain).

Tekan butang ‘Check All Keywords‘ dan semua status rangking akan dipaparkan. Semudah 1 klik sahaja!

 

SERP Checker dari WhatsMySerp

SERP Checker dari WhatsMySerp

 

Menggunakan SERP Checker ini dengan menekan satu butang sahaja cukup untuk mendapatkan keputusan rangking halaman web PakarNiaga.com untuk kata-kunci yang diingini: SEO Malaysia, Malaysia SEO, SEO in Malaysia, Servis SEO, Nama Domain, Daftar Domain, Domain Percuma, Hosting Percuma dan sebagainya. Menyemak rangking kata-kunci (Keyword Rangking) untuk halaman web sendiri menjadi lebih mudah dengan adanya SERP Checker.

Jika anda salah seorang pemain SEO seperti kami tetapi masih belum pernah mencuba SERP Checker, maka tibalah masanya untuk anda menaik taraf ilmu & skill SEO anda. Manfaatkan SERP Checker untuk mempercepatkan aktivti menaik rangking SEO web anda.

Selamat Mencuba.

 

Ikhlas,

Amin Johar (AJ)
(Jurutera SEO Malaysia, Webmaster)
Pakar Niaga

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

2 Pendapat setakat ini.

  1. Terima kasih kerana telah menyediakan aplikasi semakan SERP utk google.com.my, ini dapat memudahkan pencarian katakunci (keyword)yang diingini? TQ.

    • Pakar Niaga says:

      @Kamil,

      Diharapkan ia bermanfaat. Sangat mudah menggunakannya.
      Sebaiknya daftar sebagai ahli di sana.
      ‘Features’ ahli berdaftar lebih
      bagus dari pelawat biasa.

      Ikhlas,

      PAKAR NIAGA


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share