E-Mel Syarikat Di Kad Perniagaan Anda

Pakar Niaga 13 October 2012

Kad Perniagaan Pakar Niaga™

Kad Perniagaan adalah salah satu alat pemasaran yang paling asas & paling mustahak. Boleh dikatakan, untuk berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran, dengan adanya kad perniagaan ia memberi peluang lebih ramai prospek mengingati servis atau produk yang anda tawarkan terutamanya di waktu diperlukan segera atau kecemasan.

Apabila diaplikasikan E-Mel Syarikat di dalam kad perniagaan, anda sebenarnya telah mewujudkan suatu identiti khas untuk perniagaan anda iaitu Identiti Halaman Web syarikat anda. Sebagai contoh web kami, pakarniaga.com. Lebih banyak kad perniagaan kami dapat diedarkan, maka lebih banyak info E-Mel syarikat kami diedarkan juga. Secara automatik, alamat E-Mel tersebut juga memaparkan identiti halaman web kami. Hal ini memudahkan kami untuk memaklumkan atau menjelaskan lebih lanjut tentang servis atau perkhidmatan yang kami tawarkan di halaman web.

Tidak perlu bercerita panjang lebar, prospek atau pelanggan akan mendapatkan info semasa terus ke halaman web.

Apabila lebih kerap anda menggunakan E-Mel syarikat, peluang untuk prospek anda mengingati identiti syarikat anda semakin menyerlah. Cara sebegini adalah yang paling ideal, mudah & berkos sangat rendah dalam mewujudkan identiti & jenama untuk syarikat anda.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

 

Admin Pakar Niaga™

Carian Google Berkaitan

uitm shah alam | berniaga kecil-kecilan | berani niaga com | contoh kad syarikat |

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share