Cara Tambah Admin Blogger

Pakar Niaga 27 May 2013

Cara Tambah Admin Blogger

Kami Pakar Niaga, pakar dalam urusan menukar URL Blog anda dari .blogspot.com kepada Domain .com yang anda ingini. Untuk melakukan proses konfigurasi domain tersebut, terdapat beberapa proses atau langkah awal untuk membenarkan pihak kami mengakses blog anda sebagai Admin & seterusnya barulah konfigurasi dapat dilakukan.

 

CARA-CARA TAMBAH ADMIN

Cara tambah admin ini mudah sahaja.

Cara Tambah Admin Blogger

1. Sila klik tombol kecil untuk melihat senarai tetapan pada blog yang ingin disetkan domain.
2. Sila klik ‘Setting‘.
 

Cara Tambah Admin Blogger

3. Seterusnya, pada Blog Authors, sila klik ‘Add Authors‘.
4. Masukkan E-mel kami seperti yang terdapat di dalam gambar rajah di atas.
5. Seterusnya klik ‘Invite authors‘. Pihak kami akan menerima e-mel jemputan & akan membuat pengesahan. Proses ini mengambil masa kurang dari 5 minit.

 

Cara Tambah Admin Blogger6. Selepas 5 minit atau selepas kami maklumkan telah menerima jemputan, sila ‘Refresh‘ halaman tersebut (sila tekan F5 di papan kekunci). Kemudian, TUKAR daripada ‘Author‘ kepada ‘Admin‘. Itu sahaja.

Pihak kami akan melaksanakan tugasan selanjutnya.

Pengurusan menukar .blogspot.com kepada .com mengambil masa yang singkat sahaja. Namun demikian tempoh bertenang 24 jam diperlukan. Jika Cik/En./Tuan/Puan ingin pihak kami menukar segera, cas perkhidmatan segera akan ditambah dalam Invois. Harap maklum.

 

Ikhlas,

Pakar Niaga

Close


Kongsi Kepada Rakan

Arrow Left Kongsilah info ini kepada keluarga, sanak-saudara serta kenalan anda. Semudah klik 'LIKE' & 'SHARE'. Pahala pun dapat. Sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu & kualiti perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Kami dahului ribuan terima kasih.

3 Pendapat setakat ini.

  1. […] Sila ikuti tutorial Cara Tambah Admin Blogger untuk membolehkan pihak kami mengakses blog anda & melakukan khidmat bakti untuk […]

  2. Assalam…
    Satu tutorial yang amat mudah untuk dikendalikan…dengan cara ini ia begitu mudah sekali untuk diikuti.
    TQ.

    • Pakar Niaga says:

      @Waalakummussalam, Kamil Salleh,

      Terima kasih atas review / komen yang diberikan.
      Pihak kami akan menambah tutorial dari semasa ke semasa.

      Jemput datang lagi..

      Ikhlas,

      Admin Pakar Niaga


 

Pakar Niaga Brand Supporter

FANPAGE




KONGSILAH INFO INI


Share